Maklumat

Salam 1 SMKL &  1 Malaysia...

Serba sedikit mengenai Alumni SMKLL.

Telah ditubuhkan pada hari Sabtu, 30hb Januari 2010. Di rasmikan oleh Puan Hjh Fatimah Bte Saiman ( bekas Pengetua SMKLL ),  dengan diiringi oleh Puan Hjh Banon Bte Sheikh Abdullah  ( Pengetua SMKLL ). Turut meraikan Tuan Hj Kusairi Bin Hj Hasbullah ( YDP PIBG ), guru-guru, bekas-bekas guru & bekas-bekas pelajar.

Tujuan utama Alumni ini ditubuhkan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim antara satu sama lain. Selain itu juga bagi bekas-bekas pelajar yang telah berjaya, boleh menjadi idola pelajar-pelajar yang sedia ada sekarang untuk lebih berjaya...dan berjaya...

Semoga dengan penubuhan Alumni ini, dapatlah kita sama-sama menghargai perhubungan dan persahabatan sesama kita agar persahabatan yang terjalin sejak dibangku sekolah terus segar dalam ingatan sehinggalah ke hujung hayat.


P/S : Sesiapa yang rindu zaman sekolah bolehlah nyanyi lagu sekolah ye...hehe...


LIRIK :
LAGU SMK LAYANG-LAYANG

Sekolah ku berseri wajahnya
Bagaikan puncak menara ilmu
Mendidik bangsa bumi pertiwi
Kan menjadi insan yang berguna

Biru kuning lambang kemegahan
Pengetahuan membina kehidupan
Tinggi ilmu mulia budi
Cogan kata untuk sekolah kita

Sungguh mulia budimu padaku
Menerangi hidup di masa depan
Membuat jasa setiap masa
Kan ku kenang sepanjang hayatku

(ulang rangkap 2 & 3)

Kan ku kenang sepanjang hayatku...




WAJAH-WAJAH BARU SMKLL :

Pintu Masuk

Pondok Pengawal Keselamatan

Laluan Masuk SMKLL

Bangunan Pertama dari pintu masuk SMKLL

Bangunan yang sedang dibina

Bangunan asrama dari pandangan jauh